Sunday, July 10, 2016

BIRTHDAY IBU 2916

Pada 26 Jun 2016 lepas kami sekeluarga telah mengadakan sambutan hari lahir buat ibu. Selamat hari lahir isteri tercinta. Maaf tiada yang istimewa sekadar sambutan secara kecil-kecilan. 








HARI RAYA KE 5

10 JULAI 2016 - AHAD
Bangun awal sikit untuk bersahur. Cadangan mahu sambung puasa hari kedua. Sempat makan biskut dan minum nescafe sahaja. Selesai solat subuh tidur balik.
Bangun pagi cuci kain. Haus la pulak. cadangan untuk puasa sunat dibatalkan.
Seharian duduk sahaja di rumah. 

Friday, July 8, 2016

HARI RAYA KE 4

09 Julai 2016 -Sabtu
Hari ini awal bangun. Syukur alhamdulillah dapat bersahur walaupun dengan sepotong kolupis dan seekor ikan rebus yang dikongsi bersama kucing kesayangan si Chemong.
Hajat hati ingin berpuasa 6 dan semoga dapat dilaksanakan sepenuhnya biarpun masih di awal raya. In Sha Allah.

HARI RAYA KE 3

08 Julai 2016 - Jumaat
Hari ini awal sikit bangun dari kelmarin. Selesai bersarapan, basuh pakaian yang berlonggok guna washing machine. Tak banyak manapun, cuma ditambah dengan adanya tabir yang dah setahun tidak berbasuh.
Sambil cuci pakaian ambil kesempatan juga untuk cuci motor yang 4 buah tu kerana dua lagi dipinjam rakan-rakan. Buat pahala sikit tolong orang susah.


 Selesai membasuh pakaian, bersiap pula ke masjid memandangkan hari ini hari jumaat. Sempat lagi bergambar dengan isteri.






Di masjid suasana raya masih terasa biarpun jemaah agak kurang kerana masih ramai yang belum pulang dari kampung untuk beraya
Balik dari masjid lepak sahaja di rumah.
Sebelah petangnya menemani isteri dan adik ipar untuk berbelanja di pasar kerana esok keluarga dari Brunei Darussalam akan berkunjung untuk beraya di rumah.




Tidak ramai yang berniaga. Beli mana yang ada sahaja.
Dari pasar ke Utama jaya Supermarket. Beli sedikit belanja dapur , ikan dan sotong serta ayam dan sayur. Tidak banyak pilihan tapi beli jugalah. Di samping itu tidak lupa beli sedikit makanan kucing seperti biasa setiap kali ke pasaraya.
Bunga lawang yang di cari tidak ada maka saya membawa isteri dan adik ipar ke Pusat Penjualan Pertubuhan 


Peladang kawasan Labuan. Alhamdulillah ada jual di sana. Kebetulan kakak ipar menelefon dan berpesan telur masin.
Selesai membeli kami terus ke rumahnya untuk menghnatr telur masin tersebut.
Sempat lagi bersantap soto daging petang ini. Alhamdulillah, rezeki raya.



Dari rumah kakak ipar, kami balik dan stay di rumah sepanjang malam. Biarpun baru hari ke3 raya tapi tiada satu rumahpun kami kunjungi. Entahlah, mood raya diganti dengan mood bercuti. Lebih selesa duduk di rumah dari berjalan ke mana-mana.

Thursday, July 7, 2016

HARI KE 2

Awal pagi rumah diserbu keluarga abg yunus dan abg Mail. Alamak belum mandi lagi ni. Anak2 pula masih tidur.Kucing2 pula asyik buat onar. Hemmm....layan sajalah.
Selepas itu baru kami ke rumah babu long di Kilan Pulau Akar.



















Rumah kedua kami kunjungi di Lubok Temiang tempat tinggal abg yunus. Kira kunjungan balas sebab pagi td dia sekeluarga telah dtg ke rumah









SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2016 / 1437H

06 Julai 2016 - Rabu
Hari raya aidil fitri tahun 2016 kali ini jatuh pada 1 Syawal 1437 iaitu bersamaan dengan 06 Julai 2016.


imej dari:
http://happy-ramadan.com/selamat-hari-raya-2016-images-wishes-greetings.html

Berikut antara suasana kemeriahan raya keluarga.

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman blog Azryenasyafifi. Laman blog ini dibangunkan sebagai tempat catatan aktiviti keluarga azryenasyafifi. Terima kasih kerana membaca.